Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts
Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

..:: Natrah - Cinta, Perjuangan & Airmata ::..

Share
Kejadian berlaku pada Hari Pertama di Bulan Disember Tahun 2010...
Kesibukan diriku pada minggu kejadian ini adalah tidak terhingga...tapi harus juga mencuri masa untuk melakukan pelbagai perkara...
Seharusnya tidak dilupakan... semestinya Pementasan Natrah ke-2 pada tahun 2010 ini...
Diiringi Sarah dan Darie... walaupun pada awalnya saya memang merancang untuk pergi walaupun seorang diri...tapi akhirnya Darie bertanya adakah saya mahu pergi (seperti boleh membaca pula isi hati saya) dan Sarah adalah pertama kali menjejak kaki ke sini setelah sudi bersetuju dengan ajakan saya...
Erm...dah bertambah orang yang boleh di buat teman ke IB nie...hehehhee...


Angle ni saya tak pernah cuba sebelum ni...tapi biasalah...level 3 ni memang port biasa saya ehehehee....port mengikut kemampuan


Model terbaru di IB ini... Sarah... hihihihiiii...










Ntah apalah si Sarah ni dengar temberang Darie....hehehehe...ampun beb..


Aku tak tau apa motif ko posing begitu....



Tangga dalam kenangan...hehehhee..


Mekasih ye kakak n abang jadi model saya sekejap...


Aku tak tau apa motif ko letak tangan atas kepala Mak Aminah tu...hehehhee


Last minit b4 kami balik..terjumpa pula Natrah 40 tahun ni...


Atas boot depan kerete saya itu...


Nota pendek: Haruskah berjumpa Cik Siti Di Alam Fantasi...???

Wednesday, August 4, 2010

..:: Cuci The Musical 2 ::..

Share
Kejadian ini berlaku pada 31 July 2010 yang lalu...
Secara ringkas yang saya boleh katakan bahawa saya ketawa sehingga sakit tekak...
Lupa sekejap segala permasalahan diri sekejap je lar huhuhuu....




Sempat lagi nak snap gambar adik2 nie...malu2 diaorang lepas terkejut dengan flash cam saya...ehehehee





Kesimpulan: memang best giler...tak rugi Cik Model belanja tiket mahal...ehehehee...thank you very big ya...







Sekian sahaja persembahan pada petang itu...(hahaha...takde cite pape, tetiba sekian..) n Lepas tu rushing untuk pergi collect buku kat Ukay Perdana pulak...thank you very big pada Mr.Udey sebab sudi tunggu sampai malam..

Short Long note: Couldn't catch up for another 1 thing on that day but God gave many-many thingssss on the day after.. Alhamdulillah... 2 b continue..

Tuesday, July 27, 2010

..:: Aura Istana Budaya - Cuci The Musical 2 ::..

Share
Erm...aura IB was coming again....ehehee... tak sabar nak tunggu sabtu nie... Cuci The Musical bakal menggegarkan pentas IB sekali lagi begin today...

Sebelum ni saya layan cite yang agak berat jer di sini...tapi kali ni mesti lawak giler...macam mana la Panggung Sari akan bergegar dengan gelak tawa audience nanti...mesti 2-3 macam jer bunyi nye...ehehheee..


(This poster credit to Cuci's official website)

Sinopsis untuk Cuci The Musical 2 ini...

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.


Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.




Oh ye...untuk Cuci ni nanti...saya akan pergi bersama Cik Model ini...Cik Model yang belanja saya tiket mahal kali nie... Time Kasih Daun Keladi ye Cik Model...lain kali belanja untuk Muzikal Tun Mahathir... Natrah... etc...etc... pula lagi... (panjang nye pantun...ekekkee)


Ini lah kenangan yang ada masa tengok Antara dulu...nak cerita lebih2 pun macam dah basi jer...huhuhuu...so tak payah cite la kan...


Nota pendek panjang: Gambar-gambar kredit utk C905 je lar...masa ni tak bawak D3000, tu yg tak semangat nak letak gambar banyak2...huhuhuuuu

Friday, July 16, 2010

..:: Muzikal Uda dan Dara ::..

Share
Bait-bait puitis yang terlontar menggambarkan betapa indahnya bahasa...dan kecantikkan itu menyentuh hingga ke sanubari ini...tidak tergambar betapa halusnya jiwa si penulis...betapa tulus nuraninya ketika menulis...karya Usman Awang yang satu ini benar-benar menyentuh jiwa saya...

Terlalu sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika menonton persembahan ini...terasa betapa indahnya bahasa kita...betapa moleknya lenggok bait kata.... yang kadang-kadang bahasa kita ini seolah-olah dianak tiri dan dipandang rendah dalam mengejar arus kemodenan dan kecanggihan dewasa ini....sedih. Tapi mengapa ada negara timur yang maju boleh berjaya meletakkan namanya di mata dunia dengan bahasa ibunda nya sendiri? Tepuk dada...tanya selera...

Oh..macam dah termelalut pulak..mungkin masih leka dan hanyut dengan keindahan bait-bait kata semasa persembahan malam semalam...jadi ini lah hasil yang dapat dikongsi...tak tau kenapa malam tu tiada pula sesi beramah mesra bersama barisan pelakon-pelakon yang hebat itu...saya amat mengagumi Saudara Pengarah Muzikal Sri Mersing itu...jika begitu lakonannya...selayaknya beliau bergelar pengarah kepada karya hebat seperti Sri Mersing sebelum ini... Pujian juga buat Si Uda dan Dara...memang hebat...itu saja yang mampu saya ucapkan...

Untuk sinopsis pementasan ini, telah saya paparkan sebelum ini....dan boleh juga merujuk ke website rasminya...klik di gambar ini ye...












Sajak bukanlah suatu nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam sajak yang ditulisnya. Tetapi sajak ialah sesuatu atau salah satu atau keseluruhan dari kehidupan manusia... - Sastera - (lupa pula nak catat keluaran yang bila..huhuuu)

Nota pendek: Macam nak kena pegi lagi je ni...ada sesape nak ikut ker?

Monday, July 12, 2010

..:: Aura Istana Budaya - UDA & DARA ::..

Share
Kali ini dipersembahkan kenangan semasa Pementasan Teater Muzikal Teratak Minang....cerito orang kampung den ni....ahhahahaa..... Tapi still kena baca translation jugak sebab tak faham tang cakap minang tu...ehehhee...failed!!

Hakikat sebenarnya tak sabar nak gi tengok Uda dan Dara jer...terus terimbau kenangan ketika ini...ehehehe....










Barisan pelakon yang hebat...


Leez AF...good performance during Teratak Minang...tapi masa Sri Mersing lagi best kot...hehheee.. pengakuan berani mati


Oh IB....sabar ye menanti kedatangan patik mengadap ke istana...

Sedikit sinopsis untuk Pementasan Teater Muzikal Uda dan Dara pada 10-20 Julai 2010

Teater Muzikal Uda dan Dara adalah sebuah kisah cinta tragis. Seorang anak tani bernama UDA dilamun cinta dengan seorang gadis kesayangan kampungnya yang bernama Dara dari sebuah keluarga berada.


Suasana hidup di kampong aman, penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun bagaimanapun bertukar rupa menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipertikaikan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat.


Huru-hara dan perang berbelas. Semuanya tercetus gara-gara cinta murni dua sejoli yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.


Kesudahannya menyayat hati, membuka mata dan minda khalayak penonton tentang isu adat, kuasa, kasta dan darjat. Adakah isu ini akan berlarutan atau dapat dileraikan? Saksikan kemuncaknya sebuah kisah kontroversi yang tak lapuk dek zaman.


Pementasan kali ini diterajui oleh seorang pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali. Beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hamper empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nota pendek: Untuk maklumat lanjut boleh klik sini ye...