Hakikat sebenarnya tak sabar nak gi tengok Uda dan Dara jer...terus terimbau kenangan ketika ini...ehehehe....
Barisan pelakon yang hebat...
Leez AF...good performance during Teratak Minang...tapi masa Sri Mersing lagi best kot...hehheee..
Oh IB....sabar ye menanti kedatangan patik mengadap ke istana...
Sedikit sinopsis untuk Pementasan Teater Muzikal Uda dan Dara pada 10-20 Julai 2010
Teater Muzikal Uda dan Dara adalah sebuah kisah cinta tragis. Seorang anak tani bernama UDA dilamun cinta dengan seorang gadis kesayangan kampungnya yang bernama Dara dari sebuah keluarga berada.
Suasana hidup di kampong aman, penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun bagaimanapun bertukar rupa menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipertikaikan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat.
Huru-hara dan perang berbelas. Semuanya tercetus gara-gara cinta murni dua sejoli yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.
Kesudahannya menyayat hati, membuka mata dan minda khalayak penonton tentang isu adat, kuasa, kasta dan darjat. Adakah isu ini akan berlarutan atau dapat dileraikan? Saksikan kemuncaknya sebuah kisah kontroversi yang tak lapuk dek zaman.
Pementasan kali ini diterajui oleh seorang pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali. Beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hamper empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment