Sunday, October 10, 2010

..:: Hari ke 10 Pada bulan ke 10 dan Pada tahun 2010 ::..

Share
Sekadar mahu mencatatkan sesuatu pada tarikh hari ini..pada jam 10 pagi ini....

Terjaga di kala subuh yang agak 'gajah' pagi tadi...melihat di skrin handphone ter'miss 2 call yang agak penting dalam hidup saya...terasa ter'miss' sesuatu juga utk berkongsi kegundahan dalam hati pada ketika itu...kemudian teringat pula saya telah menidurkan diri seawal jam 9pm...ternyata mata ini benar2 berat kerana hanya tidur selama tidak sampai 3 jam pada jumaat malam yg lepas...sehingga petang semalam, ingin memandu ke Putrajaya juga tidak mampu...mujur seorang sahabat yang lain sudi menjemput saya di rumah...pemergian yang penting ke sana..

Dan hari ini juga...hati masih teringat akan takdir seorang sahabat yang mengalami kemalangan jalan raya semalam...sehingga waktu saya melawat maghrib semalam...sahabat tersebut masih belum sedarkan diri..keadaan dan kompilasi sebenar juga masih belum diketahui..dari jam 2pm sehingga 8pm semalam masih berada di unit kecemasan...masih dalam proses x-ray dan sebagainya...tetapi berita pagi ini juga menyatakan beliau telah dipindahkan ke ICU HUKM...Tuhan mudahkan jalan...maka lebih dekat juga utk saya pergi melawat... jika tidak berpeluang melihatnya dengan mata sendiri...sekurang-kurangnya saya mahu menemani isterinya yang kini hamil 2 bulan...keadaannya benar-benar lemah semalam...juraian airmata tidak pernah lekang...saya rasa kelu untuk berkata...kami hanya mampu mengingatkan agar sang isteri tabah dan tetap juga memikirkan keadaan bayi mereka itu...isteri harus tabah dan kuat demi memberi aura kekuatan pada suami utk terus berjuang dan memberi kekuatan pada bayi mereka untuk terus membesar selama 7 bulan lagi sebelum lahir ke dunia ini...
Tetapi siapalah saya....berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... terlalu sukar digambarkan jika saya yang berada di pihak sang isteri...tidak dapat saya bayangkan beliau memandu seorang diri dari Banting ke Putrayaja...membawa benih cinta mereka dalam keadaan keadaan suami masih samar-samar...entahlah...saya benar2 kagum dengan sang isteri....
Semoga Intan terus kuat...dan semoga Cikgu juga terus kuat berjuang agar bisa melalui kebahagian bersama isteri dan baby yang bakal lahir 7 bulan lagi...InsyaAllah...

Teringat juga pada khamis yang lepas, saya baru mendapat khabar berita seorang kawan sekolah sekitar 1996-1997 telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalan raya...semoga isteri dan anaknya tabah dengan dugaan ini dan semoga rohNya ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

Namun, dalam keadaan yang lain saya juga masih perlu meneruskan xtvt lain yang harus dikerjakan...semua hutang piutang utk post kan semua gambar2 harus dilaksanakan...baju bajan yang dalam simpanan juga menanti utk dijahit...Alhamdulillah...hanya tinggal 2 pasang yang perlu dijahit dan lucky juga pemilik baju tersebut mahu yang simple sahaja...semoga semuanya dapat saya laksanakan sebaiknya...

(Unedited at all..)




Hutang piutang saya untuk entry2 selepas ini...semoga Allah mudahkan jalan...

Nota pendek: Mahu kembali ke tempat yang saya pernah 'berumahtangga' selama setahun sekitar 2006...

No comments: