Thursday, June 24, 2010

..:: My Water Moments ::..

Share
Kejadian ini berlaku sekitar April yang lepas...dan yang pastinya model di dalam gambar ini adalah bukan saya...hehehee....lokasi ini di pilih adalah kerana Saudari Model tersebut teringin benar mahu pergi ke tempat ini yang dinamakan sebagai Port Dickson...



Apabila menyebut nama Port Dickson, sudah pastilah seantero dunia mengetahui bahawa ianya adalah tempat persisiran pantai (ayat ni memang mengikut skima jawapan subjek geografi kan chegu..??). Apabila di pantai...pasti nya deruan ombak yang menghempas bisa mendamaikan jiwa...maka dengan itu saya suka pantai...saya suka ombak.. kerana saya suka air... (air sungai pun suka...air fountain buatan manusia pun suka heheheee)



Tapi dengan camera yang saya guna sekarang, saya sangatlah berhati-hati mahu membawa camera tersebut benar-benar dekat dengan air...maka lahirkan sudut-sudut fotografi yang begini...teringin juga mengambil gambar sambil meniarap di pesisir pantai itu...tapi oh tidak...saya sayang camera saya... Walaubagaimanapun, alangkah bahagianya jika saya juga mempunyai camera Sony DSC-TX5 ini...pasti kami akan menjadi 2 orang awek yang paling ntah-hapehape di tengah panas begitu sambil berposing maut...hehehee... i likeeeeeeee...



Sony DSC-TX5 tersebut mempunyai ciri-ciri kalis-air, kalis-gegar, kalis-habuk dan kalis-suhu....wah...pelbagai sungguh kalis nyer...(kalau ada bullet-proof mesti lagi hebat kan hehehee..). Ciri-ciri lain juga adalah sangat hebat seperti yang di terangkan di sini. Jika anda, mana satu pilihan hati? pink, silver, hijau, merah atau hitam...?


Kalau anda semua nak cuba dapat Camera ni free....jgn lupa bukak di sini ya...
Tapi kena rebut dengan saya juga la ye...ehehehee...


Untuk makluman juga...ciri-ciri asas TX5 ini adalah seperti berikut:

Gross Pixels: Approx. 10.6MP
Effective Pixels: Approx. 10.2MP
Processor: BIONZ
Sensor Type: 1/2.4" Exmor R CMOS Sensor
Optical Zoom: 4X
Precision Digital Zoom: Approx. 8X
Smart Zoom: 5M: Approx. 5.6x, VGA:Approx. 22.0x, 16:9:Approx. 7.6x
Optical Zoom During Movie Recording: Yes
Lens: Carl Zeiss Vario-Tessar
F Number: 3.5 - 4.6
Focal Length f = (35mm Conversion): 4.43 - 17.7mm (25 - 100mm)
Auto Focus Range: iAuto (W:Approx. 1cm to Infinity, T:Approx. 50cm to Infinity) / Program Auto (W:Approx. 8cm to Infinity, T:Approx. 50cm to Infinity
Close Focus Enabled Range: W:Approx. 1cm to 20cm
Compatible: Memory Stick Duo / Memory Stick PRO Dua / Memory Stick PRO Duo (High Seed) / Memory Stick PRO-HG Dua / SD Memory Card / SDHC Memory Card
LCD: 3.0" (230K pixels), Clear Photo LCD Plus, Touch Screen
Stamina (Battery Life): 250 shots / 125mins
Battery System: Lithium ION Battery
USB: 2.0 Hi-Speed



Erm...Cik Model ni termenung jauh ni sebab tak dapat masuk dalam air ke...atau sebab nak rebut TX5 ni dengan saya juga...ehehehee.. (kalau aku dapat, nanti aku bagi la ko pinjam beb haha..tapi ni aku bagi ko tengok je lar dulu yea...)

Sekian sahaja lawatan kami ke Port Dickson tempoh hari...akan ada gambar2 lain yang saya rasa menarik untuk dipaparkan di sini...tapi utk versi dalam air...tunggu Nuffnang bagi saya TX5 ni nanti la ye... (ayat kena konfiden nie...ehehehee...)


Oh ye...gambar ini juga daripada Sony...tapi Sony Ericsson lar hehehee...langsung tak water proof...sebab nanti tak boleh hello...hello..pulaks....ehehhee...

Nota pendek: Nak mandi laut kat Pantai Bisikan Bayu

2 comments:

Anonymous said...

terserlah kepoyoan model lam gmbr tu....huhuhu...w/bgimnpn, trusknlh usaha menghasilkn ilham2 kreatif di masa2 akn dtg...;-)

Zila Ahmad said...

Thanks for the comment ya..!! insyaAllah akan terus belajar lagi... (Cik Model pun kena teruskan usaha utk ilham2 kretif for future ya..) :-)