Tuesday, November 16, 2010

..:: Nilai Sebuah Pengorbanan ::..

Share


Hari Raya Aidiladha, juga sinonim dengan Hari Raya Korban pasti menggamit kita tentang Sirah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ke atas anaknya Nabi Ismail a.s yang umumnya tahu tentang kisah ini...

Pada saya juga tak lupa tentang pengorbanan Ibu dan Abah membesarkan saya selama ni...mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal yang baik selama ni sudah cukup pada saya menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa saya...rasanya seperti tak terbalas segala jasa mereka..

Setiap pada kita juga dalam meniti kedewasaan ini pasti ada juga pengorbanan yang kita lakukan terhadap diri kita dan juga orang disekeliling kita... kadangkala pengorbanan kita dalam melepaskan sekolah yang kita minat dahulu demi patuh pada permintaan ibubapa untuk sekolah di tempat lain juga satu pengorbanan pada saya...sebagai contoh la...sebab saya tiada pengalaman ni ehehehe...

Tapi pendek kata nilai pengorbanan tu adalah sangat tinggi dan juga bisa mengundang pergolakan emosi dalaman, walaupun tidak kritikal sehingga perlu mendapatkan bantuan Pakar Psikologi...tapi pasti mengundang gundah yang di bawah sedar dan kawalan akal logik kita.
Pada saya, saya amat menghargai pada sahabat-sahabat saya yang sentiasa bersama saya susah dan senang selama ni...tambahan pula saya telah duduk di asrama seawal Tingkatan 1 lagi...jadi pembesaran saya banyak dipengaruhi kawan-kawan...

Sebagai contoh ketika memilih kedai makan, saya mahu makan ni Kedai A manakala sahabat saya mahu di Kedai B dan akhirnya melihat muka kasihan saya dan niat yang membuak2 untuk makan di kedai A, akhirnya sahabat saya juga memilih untuk makan di Kedai A....contoh kecil ini juga saya menilainya sebagai pengorbanan...mungkin juga boleh disebut toleransi dalam persahabatan tetapi hakikatnya sahabat itu masih juga mengorbankan keinginannya untuk makan di Kedai B...kadangkala situasi common seperti ini jarang dipandang tinggi oleh kita dewasa ini...perkara2 kecil seperti ini jugalah yang sebenarnya menambah eratkan sesebuah persahabatan...ini pada saya la...mungkin pada setiap orang lain ianya dinilai secara berbeza...

Kita faham...dalam pengorbanan yang telah dibuat setiap orang itu pasti ada nilai tersendiri yang juga pasti memberikan impak dalam kehidupan setiap orang itu...semoga kita menghargai setiap pengorbanan yang telah dibuat oleh orang disekeliling kita terutamanya ibubapa kita...adik beradik... dan tak lupa juga sahabat handai yang selama ini berkongsi suka dan duka bersama kita...

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...semoga kita menghargai segala pengorbanan yang dikecapi dari orang disekeliling kita... terima kasih banyak-banyak untuk semua yang sentiasa berada disekeliling saya selama ini...hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan kalian terhadap saya...

Nota pendek: Tak sabar juga nak makan makanan Hari Raya nie..heheheee

No comments: